Kesesakan saringan Menara City One kerana pertindihan dua blok

Iklan
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika hadir ke sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kesesakan yang berlaku ketika ujian saringan Covid-19 terbaru di Menara City One, Jalan Mushi Abdullah Kuala Lumpur malam tadi kerana pertindihan penglibatan penduduk dari dua blok menara itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ujian saringan tersebut dilakukan untuk penduduk Menara A tetapi turut disertai penduduk Menara B.

Iklan
Iklan

"Pengumuman hanya dibuat untuk menara A tetapi penduduk Menara B turut turun bersama menyebabkan kesesakan di situ.

"Jadi kita bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meredakan keadaan dan memerlukan masa bagi penjarakkan sosial dipatuhi.

Iklan

"Kami harap kami dapat memperbaiki lagi perlaksanaan penjarakkan sosial antara penduduk," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan media berhubung dakwaan penduduk menyatakan saringan dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) itu tidak teratur.

Iklan

Sebuah portal berita hari ini melaporkan penduduk khuatir situasi yang berlaku ketika ujian saringan berkenaan akan mewujudkan gelombang baharu penularan wabak Covid-19.

Antara perkara dibangkitkan penduduk, tiada penjarakkan sosial terutama di tiga daripada empat lif di Blok A kondominium itu.