KUALA LUMPUR - Pengamal perubatan khususnya warganegara Malaysia yang kini bertugas di Britain, diberi perhatian sepenuhnya oleh kerajaan negara itu dalam memerangi pandemik Covid-19.
Pengarah Eksekutif Pusat Pembangunan Eksekutif dan Profesional London, Profesor Dr Kanesh Rajah berkata kerajaan Britain menumpukan aspek berkenaan demi memastikan pasukan barisan hadapan terutama sektor perubatan tidak lumpuh.
"Kerajaan semakin menjaga semua petugas perubatan terutama barisan hadapan, merawat pesakit yang dijangkiti virus berkenaan atau yang disyaki dijangkiti, yang dilindungi sepenuhnya tetapi kami mengetahui masih ada kerja yang perlu dilakukan di sana. Jadi mereka harus berhati-hati tetapi sebahagian besar kumpulan perubatan ini dilindungi dengan baik,” kata Dr Kanesh Rajah.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Bernama TV susulan berita kematian seorang doktor warga Malaysia yang bekerja di Hospital Kebajikan Wanita Birmingham, Dr R Vishna yang dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.
ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Pakar perunding neonatologi warga Malaysia meninggal di UK
Dr Vishna, yang juga pakar runding neonatologi di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Birmingham, adalah antara korban Covid-19 di United Kingdom dengan angka kematian kini menghampiri 20,000 kes.
Birmingham Women's and Children's NHS Foundation Trust dalam hantaran menerusi laman sesawang rasminya pada Jumaat menyatakan Dr Vishna, 48, meninggalkan isteri, Liza dan seorang anak perempuan, Katelyn.
Bagaimanapun, tempat asal mendiang di Malaysia belum dapat dipastikan.
Susulan itu, ia menjadi kerisauan kepada pengamal perubatan negara yang kebanyakannya bertugas di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan di negara itu.
Mengulas lanjut mengenai kadar pemulihan pandemik berkenaan yang disifatkan amat rendah di Britain, beliau sebaliknya menjelaskan perkara itu berpunca atas beberapa faktor.
"Mungkin dari 23 Mac, kerajaan membuat keputusan tidak menyiarkan sebarang angka berhubung kadar yang sembuh. Oleh itu, sebarang angka yang disiarkan mengenai kadar yang sembuh bukanlah berdasarkan angka sebenar,” tambah beliau.
"Ini terutamanya kerajaan menghadapi kesukaran untuk mengumpulkan data bukan sahaja dari hospital malahan dari komuniti yang lebih luas. Contohnya, bagi Rumah Penjagaan dan seumpamanya. Jadi data berkenaan, kebiasaannya mengambil masa dua atau tiga minggu untuk diperoleh pejabat untuk tujuan statistik,” kata Dr Kanesh. - Bernama