Jempol catat 113 tangkapan sejak PKP dikuatkuasakan

Iklan

JEMPOL - Daerah Jempol mencatatkan 113 tangkapan termasuk 15 warga asing berhubung kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) sejak perintah itu dikuatkuasakan 18 Mac lalu sehingga semalam.

Ketua Polis daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 78 individu dituduh di mahkamah dan 46 individu dikenakan kompaun.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sistem rondaan yang dijalankan di daerah itu sangat efektif untuk membantu keberkesanan PKP.

"Bagaimanapun, fokus kita tidak kepada tangkapan semata-mata kerana paling penting ialah keberadaan pasukan polis di lokasi supaya orang ramai terus berada rumah.

Iklan
Iklan

"Polis tidak akan sewenang- wenangnya membuat tangkapan sepanjang PKP tetapi sebagai usaha melindungi masyarakat daripada pandemik itu," katanya.