Pondan, 14 lelaki ditahan ingkar PKP
Iklan
Gambar hiasan
PADANG BESAR - Seorang pondan dan 14 lelaki termasuk seorang warga Thailand ditahan di sebuah pondok di Kampung Panggas Besar dekat sini semalam kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Besar, Deputi Superintendan Shahrim Azhar berkata, kesemua suspek berumur antara 20 hingga 54 tahun itu ditahan ketika sedang leka berkumpul dan berbual kira-kira jam 5 petang semalam.
Iklan
Iklan
"Ketika serbuan dilakukan, polis menahan seramai enam lelaki. Selebihnya berjaya ditahan 30 minit kemudian ketika melarikan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, warga Thailand yang ditahan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
Iklan
Beliau berkata, kesemua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Shahrim berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam" /><meta itemprop="description" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam
#SinarHarian #BeritaSemasa #selamatkanmangsabotkaram #pulaujarak" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-22T08:05:36.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/XPHuy1dG3kjhIe-Uc/x180" /><meta itemprop="duration" content="P113S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x99kmyk" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x99kmyk"></script>