APAD beroperasi semula Rabu ini

Iklan

KUALA LUMPUR - Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan kembali beroperasi bermula Rabu ini dari jam 8.30 pagi hingga 1 tengah hari.

APAD dalam kenyataannya hari ini memaklumkan pengoperasian itu dilakukan di keempat-empat pejabat wilayah APAD iaitu Wilayah Tengah, Wilayah Selatan, Wilayah Timur dan Wilayah Utara serta 12 kaunter APAD di cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Iklan
Iklan

"Kaunter APAD di cawangan JPJ yang terlibat ialah JPJ Shah Alam, JPJ Wangsa Maju, JPJ Negeri Sembilan, JPJ Bukit Katil, JPJ Johor, JPJ Pahang, JPJ Kelantan, JPJ Ipoh, JPJ Seberang Jaya, JPJ Kedah, JPJ Langkawi dan JPJ Perlis.

"Selaras dengan ketetapan ini, jenis permohonan yang diterima di kaunter APAD adalah permohonan memperbaharui lesen, permohonan melesenkan kenderaan mengikut Surat Tawaran Kelulusan (STK), serahan dokumen kelulusan dan kad pemandu," menurut kenyataan itu.

Iklan

Menurut kenyataan itu, perkhidmatan lain di kaunter akan dikeluarkan kelak berdasarkan perkembangan semasa pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Orang ramai yang berurusan di kaunter APAD dinasihatkan memastikan segala garis panduan pencegahan Covid-19 seperti yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) seperti memastikan tidak mempunyai sebarang gejala jangkitan dan sentiasa menjaga jarak sosial," menurut kenyataan itu. - Bernama

Iklan