Buaian putus, kepala kanak-kanak tertusuk spring

Iklan
Keadaan kanak-kanak tersebut. Kredit foto Antara News

MEDAN - Seorang kanak-kanak perempuan di Indonesia terpaksa menjalani dua kali pembedahan apabila spring besi buaian tertusuk di kepalanya.

Menurut Antara News, pembedahan tersebut terpaksa dilakukan bagi membuang spring yang telah terbenam di dalam kepalanya.

Iklan
Iklan

Nazwa Maulida, 6, dilaporkan cedera setelah menaiki buaian adiknya yang tiba-tiba putus lalu spring buaian tersebut terbenam di kepalanya sehingga tempurung kepalanya mengalami keretakan.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Putri Bidadari Wampu untuk dirawat.

Iklan

Heriansyah, ayah kepada mangsa berkata, dia buntu untuk mencari dana bagi menampung kos rawatan anaknya.

"Ketika Nazwa sedang bermain buaian, springnya putus lalu terkena kepalanya. Kami terus membawa dia ke hospital untuk menjalani pembedahan,” jelasnya.

Iklan

Bagaimanapun, mereka terpaksa meminta bantuan orang ramai untuk menampung kos rawatan tersebut kerana kekurangan dana.