Rakyat Jerman tunjuk perasan bantah perintah berkurung

Iklan
Polis melarang sebarang perhimpunan melebihi 20 orang. - Foto Al Jazeera

BERLIN - Puluhan ditangkap dalam satu tunjuk perasaan anti koronavirus (Covid-19) melibatkan kira-kira 1,000 orang di ibu negara Jerman.

Menurut Al-Jazeera, polis Jerman menahan mereka pada perhimpunan semalam kerana menentang langkah pencegahan wabak Covid-19 yang dilaksanakan kerajaan.

Iklan
Iklan

Polis memasang sekatan di sekitar dataran Rosa Luxemburg, tempat tumpuan para penunjuk perasaan tersebut dan turut mengarahkan mereka bersurai pada masa sama.

Pihak polis di laman Twitter berkata, protes tidak sesuai dengan keadaan sekarang dalam mencegah penularan wabak Covid-19.

Iklan

Tunjuk perasaan tersebut tidak dibenarkan kerana Berlin kini berada di bawah perintah berkurung yang melarang perhimpunan melebihi 20 orang.

Ketidakpuasan masyarakat setempat terhadap arahan perintah berkurung telah berkembang secara beransur-ansur di Jerman seperti di negara-negara lain.

Iklan

Sehingga hari ini, sebanyak 157,000 kes Covid-19 telah dilaporkan di Jerman dengan 100,000 telah pulih manakala 5,877 lagi meninggal dunia.