Oman lapor 93 kes baharu Covid-19, total 1,998

Iklan
Gambar hiasan

MUSCAT - Kementerian Kesihatan Oman semalam mengumumkan 93 kes baharu koronavirus (Covid-19) dilaporkan di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,998, lapor agensi berita Xinhua.

Daripada jumlah kes baharu itu, 60 pesakit terdiri warga asing dan semua kes berkaitan dengan jangkitan antara komuniti, menurut kenyataan kementerian.

Iklan
Iklan

Empat lagi pesakit sembuh menjadikan keseluruhan seramai 333 dengan angka korban mencecah 10 orang. - Bernama