Mayat bayi baru lahir dibuang tepi jalan

Iklan
Mayat bayi perempuan yang baru dilahirkan dan cukup sifat ditemui dalam beg plastik di tepi jalan di Bukit Dinding, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR - Mayat bayi perempuan baru dilahirkan ditemui dalam beg plastik di tepi jalan berhampiran gerai minuman di Bukit Dinding di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, mayat bayi terbabit ditemui seorang lelaki yang melalui tempat kejadian selepas terlihat satu pasangan meninggalkan beg plastik di lokasi berkenaan kira-kira jam 9.40 pagi.

Iklan
Iklan

"Lelaki terbabit yang berasa curiga dengan kandungan beg plastik berkenaan kemudian memeriksa kandungannya sebelum mendapati terdapat mayat bayi perempuan.

"Bayi cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan
Mayat bayi perempuan yang baru dilahirkan dan cukup sifat ditemui dalam beg plastik di tepi jalan di Bukit Dinding, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, saksi terbabit kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian.

Katanya, siasatan masih dijalankan untuk mengesan suspek terlibat.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian," katanya.