SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Seramai 1,128 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta akan bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing bermula malam ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad memaklumkan perkara itu pada Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pagi tadi.
"Seramai 863 pelajar akan dihantar pulang dari zon tengah ke zon utara malam ini dan 265 pelajar akan dihantar pulang dari zon utara ke zon tengah pada malam esok.
"Proses penghantaran pulang akan melibatkan sembilan universiti yang terlibat dan 49 bas ke 17 destinasi," katanya pada sidang media harian PKP di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, kesemua bas yang akan dinaiki pelajar terbabit akan disanitasi tiga jam sebelum bertolak ke destinasi selain bagasi yang dibawa pelajar juga akan disanitasi.
"Setibanya pelajar di 'drop-off point', hanya seorang ahli keluarga yang mempunyai kenderaan dibenarkan mengambil pelajar tersebut."Bagi mereka yang tiada kenderaan, pihak barisan hadapan (frontliners) akan menghantar pelajar ke rumah masing-masing. Bas dijangka sampai ke destinasi 'drop-off point' sekitar jam 9 pagi," katanya.
Ismail Sabri memberitahu, penghantaran pulang pelajar ke Sarawak dan Sabah pula akan bermula 1 Mei 2020. Menurutnya, bagi pelajar yang berada di Terengganu dan Kelantan, mereka akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu manakala pelajar yang berada di zon tengah termasuk Pahang akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Bagi zon utara, pelajar akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan di zon selatan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
"Kesemua pelajar akan diterbangkan ke lapangan terbang yang terdekat dengan kampung halaman mereka," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan merakamkan penghargaan kepada Syarikat Marrybrown dan Gardenia kerana memberi tajaan makanan bagi pelajar yang akan dihantar pulang malam ini dan esok.
Katanya, kerajaan mengalu-alukan tajaan pihak swasta dalam urusan penghantaran pulang pelajar seperti sumbangan makanan.
"Mereka yang berminat (untuk menyumbang) bolehlah menghubungi Kementerian Pengajian Tinggi," katanya.