Bekalan darah merosot sejak PKP

Iklan
Kerajaan menyatakan bahawa bekalan darah di Tabung Darah Negara berkurangan sebanyak 33 peratus sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PUTRAJAYA - Kerajaan menyatakan bahawa bekalan darah di Tabung Darah Negara berkurangan sebanyak 33 peratus sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pusat Darah Negara telah memohon kebenaran untuk beroperasi dan pergerakan penderma darah untuk menderma darah.

Iklan
Iklan

"Berikutan itu, mesyuarat telah meluluskan pergerakan penderma darah untuk ke hospital dan klinik kesihatan bagi tujuan menderma darah dari jam 10 pagi sehingga 10 malam,” katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan PKP di sini hari ini.