Rompakan berkumpulan: Lelaki dipenjara 7 tahun, sebatan

Iklan
Tertuduh (kanan) dikawal polis keluar dari mahkamah selepas dihukum.

KOTA BHARU - Seorang lelaki dihukum penjara tujuh tahun dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini kerana melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan besi dengan melarikan dua telefon bimbit milik dua pelajar tingkatan tiga.

Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman terhadap Mohamad Alif Aziz, 31, selepas tertudug mengaku salah atas tuduhan yang dikemukakan.

Iklan
Iklan

Tertuduh didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas merompak Muhammad Danial Zhafirul Bazlan, 15, dan Muhammad Hariz Zool Hilmi, 15, dengan mengambil dua telefon bimbit jenis Iphone 5 berwarna hitam dan Iphone 5S berwarna putih.

Kesalahan dilakukan di hadapan Sekolah Menengah Tengku Amalin A’shah, Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 1.30 pagi, 5 Januari lalu.

Iklan
Iklan

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Hajarul Falenna Abu Bakar.