PKP: Usaha bantu gelandangan dipergiat

Iklan
Gelandangan yang ditempatkan di Pusat Komuniti Sentul Perdana susulan PKP.

KUALA LUMPUR - Yayasan Al Aim dengan kerjasama penaja utamanya, City Group Sdn Bhd pergiat misi membantu gelandangan pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

Pengerusi Yayasan Al Aim, Che Al Mahera Che Ibrahim berkata, misi bantuan makanan kepada gelandangan sekitar kawasan Medan Tuanku, Chow Kit dan Jalan Hang Lekiu dilaksanakan sejak lima tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebanyak 1,000 pek makanan diagihkan kepada gelandangan pada setiap Isnin dan Selasa selain pihaknya turun padang memberikan motivasi serta nasihat.

Petugas Yayasan Al Aim menguruskan sumbangan keperluan gelandangan di Pusat Komuniti Sentul Perdana. Sumbangan keperluan kepada gelandangan yang ditempatkan di Pusat Komuniti Sentul Perdana.

"Sejak PKP dilaksanakan, kami merasakan gelandangan ini perlu ditempatkan di tempat khas bagi mengelak penularan koronavirus (Covid-19).

Iklan

"Menyedari keadaan ini, Yayasan Al Aim bersama City Group menghubungi Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menempatkan gelandangan ini di pusat komuniti sekitar Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pihaknya telah menyumbangkan barang keperluan seperti tilam, bantal dan keperluan mandian bagi kegunaan 200 gelandangan yang ditempatkan di Pusat Komuniti Sentul Perdana,

Iklan

Selain itu katanya, sumbangan makanan tengah hari selama lima hari seminggu turut dilakukan secara bersama dengan agensi lain seperti Pertiwi, Kenchara, Sime Darby, Dapur Bimda Khadijah dan lain-lain.

Bekalan makanan disumbangkan kepada gelandangan oleh Yayasan Al Aim dan penaja utama City Group.

Dalam masa sama, pihaknya turut berharap lebih banyak badan bukan kerajaan tampil membantu golongan gelandangan.

"Kami berharap Covid-19 segera berakhir dan keadaan kembali pulih seperti sedia kala," katanya.