IPOH - Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali akan didakwa di Mahkamah Majistret Gerik, esok.
Sumber polis berkata, Ahli Parlimen Bagan Serai itu akan didakwa bersama Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria.
Iklan
Iklan
Kedua-dua wakil rakyat itu akan didakwa atas pertuduhan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pada 18 April lalu, tular gambar Dr Noor Azmi bersama Razman dan beberapa individu lain menghadiri satu jamuan di Ma’ahad Tahfiz di Lenggong.
Majlis itu didakwa diadakan tanpa penjarakkan sosial seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Gambar-gambar berkenaan yang awalnya dimuat naik dalam satu status di laman Facebook Dr Noor Azmi dipercayai telah pun dipadamkan.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka kemudian memohon maaf di atas perbuatan tersebut.