Lihat isu Rohingya secara menyeluruh, bukan pelarian semata

Iklan
Abdul Hadi

SHAH ALAM - Isu semasa yang melibatkan pelarian Rohingya perlu dilihat secara menyeluruh dan tidak sepatutnya dilihat dari aspek pelarian semata-mata.

Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, menerima pendatang merupakan tindakan kemanusiaan sementara dan terhad yang wajib ditanggung secara bersama oleh masyarakat antarabangsa mengikut piagam antarabangsa, bukan Malaysia sahaja.

Iklan
Iklan

Dalam masa sama katanya, tindakan perlu diambil supaya penduduk Rohingya kembali semula ke tanah air asal mereka, bukannya bertindak terbuka dan kekal menjadikan mereka pelarian tanpa tempoh dan sempadan.

"Sepatutnya masyarakat antarabangsa tidak boleh membiarkan sahaja kelakuan kerajaan Myanmar yang menyekat hak beragama dan berpolitik kepada rakyatnya sendiri di tanah air.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat dakwaan video, hantaran biadab pelarian Rohingya

Rohingya: Jangan hilang kemanusiaan, bantu ikut batasan tertentu

Iklan

"Langkah sebenar adalah menghalang penghapusan etnik dan tindakan memaksa rakyat Rohingya kerana faktor agama dan kaum, bukannya menghalalkan tindakan Myanmar dengan membuka pintu untuk terus dihalau dan dijadikan pelarian secara terbuka seolah-olah memudahkan tindakan yang salah itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, dunia pernah menghadapi isu Palestin, Kashmir, Bosnia dan lain-lain, bukan sahaja isu Rohingya yang mencetuskan krisis antarabangsa yang tidak ditangani secara konsisten.

Jelasnya, keadaan begitu berlaku apabila ia tidak dipandang dari beberapa sudut seperti hak beragama, hak berperikemanusiaan dan hak berpolitik.

Pada masa sama, beliau yang juga Presiden Pas memberitahu bahawa parti tersebut bersama Barisan Nasional (BN) pernah bersama dalam menangani isu pelarian Rohingya walaupun ketika itu berada di pihak bertentangan.

"Ini tidak sama seperti Pakatan Harapan (PH) yang hanya kedengaran suara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keseorangan di mimbar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tetapi PH lebih sibuk menghadapi krisis dalamannya kerana menanti Dr Mahathir meletakkan jawatan.

"Kita perlu membuat perhitungan secara bijak kerana dalam kalangan Rohingya, ada yang benar-benar berjuang dan perjuangan mereka untuk menuntut hak kemanusiaan, kerakyatan dan beragama wajar disokong," katanya.

Katanya, beliau juga tidak menafikan bahawa ada kumpulan yang tidak peduli dengan apa yang berlaku dan hanya sekadar mahu menyelamatkan diri.

"Di sini Islam menetapkan Feqah Aulawiyat dan Feqah Muwazanat yang bertindak mengikut perhitungan agama, kemanusiaan dan politik yang tetap mengambil kira hak yang patut diperjuangkan oleh mereka dan mudarat yang mendatang terhadap negara yang perlu diatasi dan dicegah sebelum ia berlaku.

"Maka mencegah mudarat yang lebih besar hendaklah diutamakan daripada menghadapi pendatang yang mencari kesempatan, bukan kerana perjuangan menuntut hak mereka sahaja tanpa perhitungan terhadap diri sendiri," katanya.