[LIVE] 200 pelajar pulang ke kampung malam ini

Iklan
Kakitangan yang bertugas memeriksa suhu pelajar yang akan berangkat pulang ke kampung malam ini.

KUALA LUMPUR - Fasa pertama penghantaran pulang pelajar ke kampung malam ini dijangka melibatkan 200 penuntut dari beberapa universiti di sini.

Berdasarkan tinjauan Sinar Harian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, kira-kira 10 bas akan digunakan untuk menghantar pelajar-pelajar ini ke ibu pejabat polis daerah masing-masing.

Penuntut UKM Bangi beratur dalam jarak yang ditetapkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dibenarkan menaiki bas. - FOTO ROSLI TALIB

Iklan
Iklan

Kesemua bas berkenaan pula dilaporkan sudah dinyahkuman oleh agensi terlibat antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, beberapa jam sebelum operasi ini bermula.

Pelajar pula akan menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk menaiki bas.

Iklan

Mengikut sumber, perjalanan pulang ke kampung malam ini adalah melibatkan kawasan di zon hijau ke bahagian utara Semenanjung Malaysia.

Penuntut dari universiti sekitar yang tiba di UKM beratur ke fasiliti kesihatan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke kampung. - FOTO ROSLI TALIB

Mereka merupakan antara pelajar dari institusi pendidikan tinggi awam dan swasta termasuk politeknik dan kolej komuniti bakal memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman secara berperingkat mulai hari ini.

Iklan