Kebajikan penuntut yang masih berada di IPT terpelihara: Noraini

Iklan
Dr Noraini Ahmad - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI

BANGI - Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad memberi jaminan kebajikan kesemua penuntut yang masih berada di institusi pendidikan tinggi (IPT) ketika ini sentiasa terpelihara dan dijaga.

"Jangan risau, anak-anak tuan dan puan yang masih berada di kampus ini insya-ALLAH akan berada di bawah jagaan kampus masing-masing. Pihak universiti sentiasa mengambil tahu mengenai keadaan, keselamatan dan kesihatan mereka.

Iklan
Iklan

"Kementerian dan IPT serta anggota terlibat juga berusaha sepenuhnya dalam memastikan semua pelajar dapat pulang ke kampung halaman. Mereka (pelajar) ini akan bergerak secara berperingkat," katanya kepada media selepas meninjau persiapan dan prosedur pergerakan pulang penuntut ke rumah masing-masing di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat sini malam tadi.

Beliau juga meminta penuntut yang masih berada di IPT agar bersabar menunggu giliran untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Iklan

"Makan dan minum pelajar akan disediakan seperti biasa kepada mereka yang masih berada di kampus," katanya.

Semalam, sejumlah 790 penuntut IPT berlepas dari sembilan pusat pelepasan yang terdiri daripada IPT di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya untuk pulang ke kampung halaman.

Iklan

Mengenai proses pergerakan pulang pelajar ke Sabah dan Sarawak pada 1 Mei depan, Noraini berkata, mereka akan berdepan proses lebih kurang sama dengan pergerakan kumpulan pertama malam tadi.

"Pelajar akan dikumpulkan sebelum memulakan pergerakan melalui 'penerbangan sewa khas' yang diusahakan kerajaan.

"Insya-ALLAH kerajaan menanggung semua bayaran pengangkutan balik pelajar,” katanya. - Bernama