Sinar baharu buat gelandangan

Iklan
Semua gelandangan di PPG akan mengikuti program yang disediakan untuk mereka melibat program berkaitan pengurusan kendiri dan sebagainya.

IPOH - Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) yang diwujudkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi sinar baharu buat golongan gelandangan di negeri ini.

Pegawai Daerah Kinta, Halizah Sipun berkata, sejak dibuka pada 17 April lalu, sebanyak 68 gelandangan ditempatkan sementara di Arena Badminton di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi mengelak golongan ini menjadi kluster baharu wabak koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

Menurutnya, sejak ditempatkan di PPG, golongan gelandangan ini mula memperlihatkan perubahan dari sudut penjagaan kendiri seperti membersihkan diri, menjaga kebersihan persekitaran dan sebagainya.

"Selain menyediakan tempat tinggal sementara dan makanan, mereka ini disediakan program khusus untuk penjagaan diri seperti mandi, menukar pakaian setiap hari dan sebagainya. Alhamdulillah, program yang kita lakukan ini mula menampakkan perubahan ketara dari segi sikap.

Iklan

"Malah ada dalam kalangan mereka yang mula menegur rakan-rakan yang tidak menjaga kebersihan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di PPG Ipoh, di sini.

Beliau berkata, sepanjang Ramadan pula, pihak Pejabat Agama Islam Daerah Kinta turut menyediakan program-program keagamaan untuk gelandangan muslim malah Rumah Ngaji Perak turut menyumbang Kitab Al-Quran Asas Badar untuk kegunaan penghuni PPG.

Iklan
Rumah Ngaji Perak turut menyumbang Al-Quran untuk kegunaan penghuni di PPG, di sini, bagi program yang dikendalikan Pejabat Agama Islam Daerah Kinta.

Katanya, program-program agama tersebut turut memberikan kesan spiritual kepada golongan ini yang diajar tentang asas-asas agama.

"Ada dalam kalangan mereka yang menangis merangkak-rangkak membaca al-Quran. Namun, apa yang pasti mereka mula menampakkan perubahan yang ketara selepas mendapat bimbingan.

"Kita harap perubahan yang ditunjukkan mereka ini akan berkekalan selain membantu mereka menguruskan diri supaya tidak lagi bergelandangan," katanya.

Halizah berkata, operasi PPG tersebut dikendalikan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Kesihatan Perak, MBI dan Pejabat Agama Islam Daerah Kinta.

HALIZAH

Menurutnya, hampir 50 petugas ditempatkan di PPG tersebut yang bertugas secara syif selama 8 jam setiap hari.

Beliau berkata, selain itu juga, pihaknya turut mendapat bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membekalkan pakaian dan makanan untuk gelandangan.

Sementara itu, Halizah menjelaskan kesemua penghuni PPG telah menjalani ujian swap dan hasil ujian tersebut mendapati tiada penghuni yang positif Covid-19.

Pembukaan PPG merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kerana bimbang wujudnya kluster baharu Covid-19 dalam kalangan gelandangan.