Didenda RM8,000, miliki petrol tanpa lesen

Iklan
Seorang lelaki tempatan hari ini didenda RM8,000 atas tuduhan memiliki barang kawalan iaitu petrol tanpa lesen selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Pasir Mas.

PASIR MAS - Seorang lelaki tempatan hari ini didenda RM8,000 atas tuduhan memiliki barang kawalan iaitu petrol tanpa lesen selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Pasir Mas hari ini.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim, Mohd Rusly Mohamed Nawi selepas tertuduh yang berusia 34 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Iklan
Iklan

Mahkamah turut menetapkan penjara 15 bulan kepada tertuduh sekiranya gagal membayar denda yang diperintahkan.

Selain itu, kenderaan berupa Proton Iswara milik suspek telah dilucut hak dan hasil jualan barang rampasan dijadikan hasil kerajaan.

Iklan
Iklan

Dia didakwa di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang dikendalikan Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tanah Merah, Mohd Hazuha Md Yusoff.