Jepun guna remdesivir rawat pesakit Covid-19

Iklan
Ubat antivirus remdesivir. - Foto Sumber Internet

TOKYO - Jepun dijangka meluluskan penggunaan ubat antivirus remdesivir untuk merawat pesakit koronavirus (Covid-19) pada Mei, kata Perdana Menteri, Shinzo Abe.

"Kelulusan untuk farmaseutikal (remdesivir) akan dapat dibuat tidak lama lagi," katanya pada sesi parlimen, Isnin, menurut Kyodo News.

Iklan
Iklan

Remdesivir dihasilkan oleh syarikat biofarmaseutikal AS, Gilead Sciences Inc. juga digunakan untuk merawat penyakit Ebola.

Shinzo Abe

Ujian klinikal dijalankan pasukan antarabangsa kepada pesakit yang mempunyai gejala Covid-19 akan berakhir bulan ini.

Iklan

Sebaik Gilead Sciences mengemukakan permohonan, Jepun akan segera meluluskannya.

Di Jepun, ubat antiinfluenza Avigan juga sedang menjalani ujian klinikal terhadap pesakit Covid-19, dijangka tamat pada Jun. Kajian saintifik di China telah menunjukkan keberkesanannya dalam merawat penyakit ini.

Iklan

Kerajaan Jepun mengarahkan Fujifilm Toyama Chemical Co., untuk meningkatkan pengeluaran Avigan, juga dikenali favipiravir. Bagaimanapun, ubat ini tidak sesuai untuk ibu hamil. - Bernama