Muka ditoreh lelaki tidak siuman

Iklan
- Foto Ihsan Pembaca

JOHOR BAHRU - Seorang wanita cedera di muka selepas pipinya ditoreh dengan pisau oleh seorang lelaki dipercayai tidak siuman di Jalan Rumbia 46, Taman Daya di sini semalam.

Difahamkan, ketika kejadian pada jam 3 petang itu, mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan sedang mengambil daun pisang di depan rumahnya untuk membuat kuih.

Iklan
Iklan

Mangsa kemudiannya didatangi suspek sebelum suspek bertindak memanggil dan mengejar mangsa sebelum mengelar pipi mangsa.

Susulan kejadian itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis menahan lelaki berusia 29 tahun kira-kira jam 11.30 pagi hari ini di belakang kedai gunting rambut di Taman Bukit Mutiara di sini.

Iklan

"Polis merampas merampas sebilah pisau jenis Paper Blade yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

"Suspek akan direman esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Ayob Khan berkata, siasatan awal mendapati suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Katanya, motif kejadian itu masih dalam siasatan.