KOTA BHARU – Pemuda Umno negeri akan menubuhkan satu jawatankuasa khas peringkat Parlimen sebagai salah satu mekanisme penggerak kepada sekretariat pemantauan harga barang yang akan ditubuhkan nanti.
Ketuanya, Noor Hariri Mohd Noor berkata, sekretariat yang ditubuhkan itu akan diketuai oleh ketua pemuda setiap negeri dan turut dianggotai oleh Ketua Pemuda Bahagian yang akan berfungsi sebagai pengemudi.