Terkenang puasa bersama arwah Abam

Iklan
Abam

SHAH ALAM - Ramadan pertama tanpa insan tersayang di sisi pastinya mengundang pilu di hati sesiapa sahaja.

Begitu juga balu kepada Allahyarham pelawak terkenal, Abam Bocey yang turut berkongsi kesedihan menyambut Ramadan kali ini tanpa Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir 10 Februari lalu.

Iklan
Iklan

Siti Nor Hidayah Mohd Ali, meluahkan perasaan sayu apabila terkenangkan saat berpuasa bersama suaminya itu di Instagram miliknya semalam.

Menurutnya, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan gemar membeli juadah berbuka seperti martabak, ayam golek, ayam panggang dan lain-lain di bulan Ramadan.

Iklan

"Tahun lepas puasa balik Sabak mesti pergi bazar Ramadan Sabak, beli juadah berbuka bersama arwah abang.

"Adik-beradik pun semua balik berkumpul untuk berbuka sama-sama. Ramadan tahun ini terasa sangat, sebab berpuasa tanpa arwah abang di sisi sayang,” luahnya dalam hantaran itu.

Iklan

Siti Nor Hidayah juga turut menitipkan doa buat arwah suaminya itu.

Gambar kenangan Siti Nor Hidayah bersama arwah Abam dan anak mereka. - Foto internet

"Semoga abang tenang di sana. Kenangan kekal abadi hingga ke syurga. Al-Fatihah (dibaca) untuk Allahyarham suamiku sayang, Syed Umar Mokhtar,” tulisnya.

Menerusi hantaran tersebut, Siti Nor Hidayah memuat naik video memaparkan kenangan ketika bersama Abam dan keluarga mereka.

Siti Nor Hidayah mendirikan rumah tangga dengan Abam pada 8 Disember 2017 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey.

Pelawak itu meninggal dunia pada Februari tahun ini pada usia 32 tahun.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih dan meninggalkan pesan buat Siti Nor Hidayah supaya tabah menghadapi ujian Yang Maha Esa.

"Tidak mengapa Hidayah, arwah tetap ada di hati,” komen Mrs Faizaliches.

"Al-Fatihah, semoga Hidayah tabah dan kuat,” komen Norafizah Ahmad pula.

Hantaran berkenaan mendapat 197,423 tontonan sejak semalam.