Curi lembu guna Myvi!

Iklan
Polis menunjukkan kereta jenis Myvi yang digunakan untuk memuatkan lembu yang dicuri.

PASIR PUTEH - Seorang lelaki berusia 29 tahun dicekup polis ketika mencuri lembu di Jalan Gate, Kampung Lembah, Semerak di sini menggunakan kaedah sumpitan dengan ubat pelali pada 24 April lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, dalam serbuan jam 12.30 tengah malam itu, suspek dicekup bersama dua ekor lembu yang dimuatkan di bahagian tempat duduk belakang kereta Perodua Myvi.

Iklan
Iklan

"Ketika serbuan dilakukan, dua ekor lembu itu berada dalam keadaan lali selepas dipercayai terkena sumpitan ubat itu," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di sini hari ini.

Mohd Azmir (kanan) menunjukkan peralatan yang digunakan oleh suspek untuk mencuri lembu.

Menurutnya, kejayaan itu hasil maklumat orang ramai sehingga polis berjaya mengesan kedudukan suspek.

Iklan

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu membawa kepada penemuan beberapa peralatan seperti ubat pelali, picagari, sebilah pisau dan sebatang paip PVC yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk kegiatan tersebut.

Mohd Azmir berkata, suspek telah direman bermula 25 hingga 29 April bagi membantu siasatan.

Iklan

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 (1) Akta Kakisan dan Senjata Berbahaya serta Peraturan 11 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu, Mohd Azmir berkata, pihak polis turut mengesan seorang wanita, Nurul Asdayanti Mohamad, 29, dari Kampung Pantai Baru, Bachok bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Polis cuba mengesan seorang wanita Nurul Asdayanti Mohamad, 29, dari Kampung Pantai Baru, Bachok bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.