SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Penggunaan aplikasi Gerak Malaysia yang dimuat turun dalam telefon bimbit bermula kelmarin bagi mereka yang ingin pulang ke kota menimbulkan kekeliruan dalam kalangan netizen.
Perkara itu dilontarkan oleh netizen dikenali Inche gabbana yang kurang arif terhadap aplikasi tersebut.
"Siapa tahu, kalau dapat kebenaran untuk permohonan rentas negeri menerusi aplikasi Gerak Malaysia tu, ia boleh diguna pakai untuk sekeluarga tak? Atau seorang individu sahaja?" katanya menarik perhatian ramai.
Kekeliruan juga diajukan oleh seorang pengguna, Akhi Fairuz Al-Jengkawi.
"Saya pun pelik juga. Ingatkan lepas isi nama, kad pengenalan, alamat semua, dia suruh isi lengkap, sekarang berada kat mana, alamat yang nak dituju, bawa kereta apa, no pendaftaran kereta, siapa lagi dalam kereta nanti, nama mereka, MyKad. Sekali dia bagi QR code je." katanya.
Kata Naim pula,"Kalau yang antara negeri tidak ada keluar QR code pun, hanya permohonan diterima, itu sahaja macam mudah sangat."
Bagaimanapun dalam sidang media kelmarin, beliau menjelaskan bahawa orang ramai tidak dibenarkan untuk membuat perjalanan rentas negeri pada 1 hingga 3 Mei ini seperti yang diumumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini.
Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan PDRM akan membincangkan prosedur operasi standard (SOP) termasuklah menetapkan tarikh sebenar pergerakan atau perjalanan antara negeri.
ARTIKEL BERKAITAN: Orang ramai mahu pulang ke bandar perlu buat laporan polis
SOP baharu kebenaran pulang dari kampung ke bandar