Bayi positif Covid-19 selepas 18 hari dilahirkan

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan wujud jangkitan koronavirus (Covid-19) daripada ibu mengandung kepada bayinya selepas proses kelahiran.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi itu disahkan positif wabak itu ketika berusia 18 hari.

Iklan
Iklan

"Memang ada kes tetapi kita tidak pasti sama ada jangkitan itu berlaku ketika di dalam kandungan atau sebaliknya," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, proses kelahiran tersebut berjalan lancar.

Iklan

"Tiada sebarang komplikasi berlaku semasa proses kelahiran," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai serangan strok dalam kalangan pesakit Covid-19 terutamanya melibatkan usia muda, beliau berkata, terdapat tiga faktor serangkai yang menyebabkan pembekuan darah di saluran darah berlaku.

Iklan

"Apabila virus masuk ke dalam darah ia akan menyebabkan tiga faktor aliran darah terjejas," katanya.

Menurutnya, apabila ada inflamasi (keradangan) darah akan menjadi pekat dan mudah membeku.

"Virus akan menyerang dinding saluran darah dan menyebabkan luka sebelum proses thrombus (saluran darah tersumbat) berlaku," katanya.

Beliau berkata, individu yang mempunyai penyakit, obesiti atau dirawat di hospital yang tiada pergerakan tertentu juga menyebabkan pengaliran darah yang lambat.

"Ketiga-tiga faktor ini menyebabkan saluran darah tersumbat. Jika ia berlaku di kepala, strok boleh berlaku dan jika saluran darah tersumbat di jantung akan berlaku serangan jantung," katanya.