Covid-19: Kes di Indonesia terus meningkat

Iklan
Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia berterusan meningkat kepada 9,511 kes, dengan tambahan 415 kes baharu bagi tempoh 24 jam.

JAKARTA- Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia berterusan meningkat kepada 9,511 kes, dengan tambahan 415 kes baharu bagi tempoh 24 jam.

Jurucakap pemerintah Indonesia berkenaan Covid, Achmad Yurianto berkata, setakat ini 20,428 orang disenaraikan sebagai pesakit dalam pengawasan.

Iklan
Iklan

"Dalam tempoh 24 jam, dari jam12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, berlaku lapan lagi kematian, menjadikan jumlah kematian kini meningkat kepada 773 orang," katanya.

Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 370 kes, diikuti Jawa Timur (90 kes), Jawa Barat (79) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.-Bernama

Iklan
Iklan