Aplikasi CHaSe bantu kesan, urus risiko Covid-19

Iklan
Aplikasi CHaSe yang dibangunkan UniSZA. Gambar kanan: Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan

KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah membangunkan sebuah sistem penilaian risiko Covid-19 yang dikenali sebagai CHaSe (Aplikasi Penilaian Risiko Covid-19 dan Pengawasan Kesihatan Kendiri) dalam membantu organisasi atau universiti mengesan dan mengurus risiko jangkitan koronavirus (Covid-19).

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, sistem CHaSe itu dibangunkan dengan gabungan kepakaran daripada Fakulti Perubatan (FP) dan Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) UniSZA.

Iklan
Iklan

Menurutnya, universiti itu turut berkolaboratif dengan Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI) dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sebagai rakan kolaborasi dan dikawal selia secara langsung oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPI) UniSZA.

"CHaSe dibangunkan oleh gabungan teknologi Artificial Intelligence dan Data Analitik dan telah melalui proses validasi oleh pakar perubatan.

Iklan

"Sistem ini menggunakan teknologi Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) bagi mengesan dan mengurus risiko jangkitan Covid-19 dan ia kini telah digunakan oleh kakitangan dan pelajar-pelajar UniSZA," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, aplikasi itu menampilkan ciri-ciri menarik dan mesra pengguna.

Iklan

Selain itu katanya, model penentuan tahap risiko Covid-19 yang dihasilkan adalah menggunakan soroton literatur yang komprehensif dan data yang sebenar.

"Setiap organisasi yang menggunakan CHaSe mampu menapis kehadiran pekerja, pelajar atau pelanggan yang berisiko tinggi menjadi seorang pesakit atau pembawa Covid-19 dengan menggunakan laporan yang disediakan dalam sistem ini.

"Laman web CHaSe boleh diakses di https://chase.unisza.edu.my untuk membuat penilaian risiko kesihatan dan penilaian kendiri Covid-19," katanya.