KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua 1.5 juta pekerja dan majikan dalam sektor dan industri yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan supaya mematuhi syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka turut menitahkan supaya pekerja dan majikan mengikuti garis panduan ditetapkan bagi sektor masing-masing oleh Kementerian Kesihatan dan agensi penguatkuasaan.