Mi udang istimewa air tangan Sohaimi

Iklan
Sohaimi berkongsi cara menyediakan mi udang hasil olahannya sendiri.

SHAH ALAM - Setiap kali menjelang Ramadan, pasti ramai yang akan mencuba menyediakan pelbagai jenis masakan yang enak dan menyelerakan untuk berbuka puasa.

Iklan
Iklan

Tidak ketinggalan buat bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan, 51, yang memilih mi udang sebagai sajian pilihannya.

"Sejak dahulu saya memang gemar hidangan mi udang dan sanggup menjelajah ke beberapa negeri di utara tanah air seperti Pulau Pinang dan Kedah semata-mata untuk menikmati sajian ini.

Iklan

"Sememangnya mi udang dari utara tanah air mempunyai rasa yang enak dan menyelerakan. Kebetulan saya pun suka memasak, jadi saya gabungkan beberapa resipi mi udang ini dengan resipi saya sendiri,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Berkongsi cara menyajikan mi udang, Sohaimi berkata, resipinya itu hasil olahannya sendiri dan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Iklan

"Bagi saya, penyediaan kuah mi udang penting kerana keenakannya bergantung kepada rasa kuah tersebut dan paling penting, mi perlu dicelur,” katanya.

Beliau berkata, sajian mi udang yang disediakannya cepat dan tidak terlalu rumit tetapi tetap menggunakan air rebusan udang bagi membangkitkan selera.

"Saya lebih suka meletakkan kacang tanah yang telah dikisar dan sos tomato,” katanya.

****

MI UDANG

(BAHAN-BAHAN)

Bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan mi udang.

Mi kuning,

Udang besar

Udang kering, udang geragau

Bebola ikan

Belacan

4 biji telur

Bawang putih

Bawang merah

Cili kisar

Daun sup

Bawang goreng

Gula

Garam

Tepung jagung

Sayur kangkung

CARA MENYEDIAKAN

- Tumis bawang yang telah dikisar, kemudian masukkan cili kisar dan gaulkan sehingga pecah minyak.

- Masukkan belacan ke dalam bahan yang ditumis dan kemudian udang geragau serta udang kering yang telah dikisar. Campurkan sedikit air.

- Apabila bahan yang ditumis kekuningan dan wangi, masukkan air rebusan udang ke dalam kuali. Apabila

menggelegak, masukkan kangkung yang telah dipotong.

- Masukkan dua sudu tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dan kacau. Perasakan dengan gula dan garam.

- Kuah akan menjadi pekat sedikit. Tuangkan sedikit demi sedikit putih telur sambil dikacau.

- Setelah kuah siap, masukkan mi yang telah dicelur ke dalam kuah dan gaul.

- Akhir sekali masukkan udang yang direbus untuk menambahkan kesedapan. Letakkan hirisan daun sup dan sedikit bawang goreng.

Mi udang yang sesuai dijadikan juadah ketika berbuka puasa.