Media Korea Utara ‘kunci mulut’

Iklan
Kim Jong-un

PYONGYANG - Media di Pyongyang semalam tidak melaporkan sebarang khabar berita tentang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un selepas media antarabangsa membuat pelbagai spekulasi tentang keadaan kesihatannya susulan menjalani pembedahan kardiovaskular.

ARTIKEL BERKAITAN: Keadaan kesihatan Kim Jong-un cetus tanda tanya

Iklan
Iklan

Kelmarin, sumber di Korea Selatan dan China turut menyuarakan keraguan terhadap laporan media yang mendakwa Jong-un berada dalam keadaan kritikal malah Rumah Putih juga mengesahkan ia akan terus memantau perkembangan isu tersebut.

Difahamkan, keadaan kesihatan Jong-un mula menjadi tanda tanya banyak pihak selepas beliau tidak menghadirkan diri ketika sambutan ulang tahun kelahiran mendiang datuknya, Kim Il Sung pada 15 April lalu. - AFP

Iklan
Iklan