SEOUL - Penduduk di Pyongyang berdepan pembelian panik bekalan makanan selepas ‘kehilangan’ misteri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un hingga mencetuskan tanda tanya terhadap keadaan kesihatannya.
NK News melaporkan pembelian panik itu kerana langkah lebih ketat bagi mencegah koronavirus (Covid-19) menular di negara itu dan tiada kaitan dengan laporan media asing yang mendakwa Jong-un kini kritikal selepas menjalani prosedur kardiovaskular pada minggu lalu.