Trump selar laporan CNN tentang kesihatan Jong-un

Iklan

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kelmarin mengkritik laporan CNN yang mendakwa kesihatan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un semakin teruk selepas menjalani prosedur kardiovaskular.

"Saya rasa laporan itu tidak benar dan saya dengar mereka guna dokumen lama,” katanya merujuk kepada media itu yang menjadi ‘musuhnya’ sebelum ini.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu dibuat dua hari selepas bilionair hartanah tersebut enggan memberi sebarang komen tentang perkara itu dan hanya berharap Jong-un berada dalam keadaan baik.

Isnin lalu, CNN memetik sumber pegawai di AS melaporkan Washington kini ‘memantau risikan’ yang mendakwa Jong-un berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan tersebut. - AFP

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Keadaan kesihatan Kim Jong-un cetus tanda tanya

Media Korea Utara ‘kunci mulut’

Iklan

Pembelian panik landa Pyongyang