SHAH ALAM - Terasa rindu untuk menyarung uniform dan kembali bertugas bersama rakan-rakan lain, luah pramugari Saudi Arabian Airlines, Iklil Aina Aqilah Zulkifli yang kini terpaksa melupakan sejenak tugasnya di awan biru.
Lima tahun bergelar pramugari, wanita kecil molek berusia 29 tahun yang mesra dipanggil Aina itu kini hanya menghabiskan masa di rumah setelah diminta mengambil cuti tanpa gaji oleh syarikat penerbangannya susulan pandemik Covid-19.