Giliran Liga Perancis batal

Iklan
Neymar dan Kylian Mbappe antara dua tonggak PSG musim ini.

SAINGAN Ligue 1 musim ini terpaksa dibatalkan selepas Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe mengumumkan bahawa liga sukan profesional termasuk bola sepak dan ragbi tidak boleh disambung sebelum September ini.

Ketetapan itu diputuskan Philippe yang disifatkan sebagai pelan berperingkat kerajaan Perancis untuk menarik semula perintah berkurung di negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

"Acara yang menghimpunkan lebih daripada 5,000 orang tidak akan dibenarkan sehingga sekurang-kurangnya September ini," kata Philippe.

Keputusan itu sekali gus menamatkan mengakhiri hasrat kelab Ligue 1 dan Ligue 2 untuk kembali menjalani latihan persediaan pada Mei sebagai persediaan sepak mula pada pertengahan Jun.

Iklan

Ketetapan itu juga memberi tekanan kepada Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) berkenaan status saingan Liga Juara-Juara yang melibatkan dua kelab dari Perancis iaitu Paris Saint-Germain (PSG) dan Lyon.

Situasi terkini itu juga menyebabkan Liga Bola Sepak Perancis (LFP) dan Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) terpaksa membuat keputusan berkenaan

Iklan

sama ada akan mengadakan promosi dan penyingkiran serta kelab mana yang boleh layak ke pertandingan Eropah musim depan.

Untuk rekod, saingan Ligue 1 pada ketika ini menyaksikan PSG masih mendahului liga sebelum penangguhan akibat Covid-19.