PM lakukan lawatan kerja UK

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan melakukan lawatan kerja ke United Kingdom (UK) bermula hari ini (17 Januari) hingga 20 Januari ini.

Menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini, lawatan ke UK itu adalah lawatan kali kedua Dr Mahathir sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri pada 10 Mei tahun lepas.

Iklan
Iklan

Dalam lawatan kali ini, Dr Mahathir dijadualkan berucap di Oxford's Frewin Court esok (18 Januari) dan mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha Agung Komanwel Patricia Scotland pada hari yang sama.

"Antara isu yang akan dibincang mereka kelak adalah perdagangan dan pelaburan dalam kalangan negara-negara Komanwel, tadbir urus yang baik serta langkah mencegah dan menangani keganasan," katanya.

Iklan

Kementerian Luar berkata, lawatan Perdana Menteri itu juga bertujuan meneruskan hubungan baik yang telah lama terjalin antara Malaysia dan UK.

Lawatan itu juga dijangka mempereratkan lagi hubungan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara, tambahnya.

Iklan

Dr Mahathir akan diiringi isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya selain para pegawai kanan Kementerian Luar. - Bernama