Polis serbu sindiket judi online warga China

Iklan
Antara individu yang ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kegiatan judi dalam talian dalam serbuan di sebuah unit kondominium di Bandar Mahkota Cheras, Kajang, hari ini.

KAJANG - Taktik sindiket judi online yang beroperasi di sebuah unit kondominium di Bandar Mahkota Cheras, di sini terbongkar selepas polis menahan 30 warga China termasuk enam wanita, semalam.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Azmi Shukor berkata, kesemua mereka yang ditahan dalam serbuan pada jam 2.30 petang itu berusia di antara 20 hingga 35 tahun.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, polis percaya sindiket berkenaan menjalankan aktiviti promosi judi dalam talian yang berpusat di dalam negara dengan menggunakan lawan sesawang dan aplikasi Wechat serta menyasarkan mangsa dari China

"Siasatan mendapati sindiket itu beroperasi di kondominium berkenaan sejak sebulan lalu. Polis turut merampas 30 set komputer riba, 76 unit telefon bimbit serta empat modem," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Katanya, kesemua suspek masuk ke Malaysia menggunakan pas pelancong diupah dengan gaji RM3,000 sebulan untuk mengawal komputer serta mencari pelanggan.

"Semua suspek yang ditahan dibawa ke IPD Kajang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Iklan

Operasi dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.