Utama aspek halal persediaan, jualan makanan dalam talian

Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123RF

KUANTAN - Pengusaha dan peniaga makanan termasuk dalam talian diingatkan menjalankan perniagaan dengan mematuhi aspek pematuhan hukum syarak, penjagaan kebersihan dan keselamatan makanan terutama pematuhan halal dalam aspek pengendalian, pemprosesan dan juga penghantaran makanan.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Noridzuan Abdul Manan berkata, peniaga juga perlu memastikan sumber ramuan yang digunakan untuk penyediaan makanan disahkan halal oleh pihak berkuasa berwibawa.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini, proses pemantauan berkaitan pematuhan halal ditangguhkan termasuk perniagaan secara dalam talian ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

"Pada masa sama, pihak kami tidak menerima sebarang aduan berkaitan isu halal, bagaimanapun jika terdapat aduan kes-kes kritikal, tindakan penguatkuasaan akan tetap dilaksanakan sepanjang tempoh ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Iklan

Noridzuan berkata, setiap aduan akan dikenal pasti kesahihan terlebih dahulu, sebelum tindakan sewajarnya dilaksanakan.

"Jika kami maklum atau ada aduan berkaitan penyalahgunaan perakuan dan penandaan halal oleh mana-mana pihak termasuk perniagaan di dalam talian, Bahagian Pengurusan Halal JAIP akan mengambil inisiatif menghubungi pihak berkaitan untuk membuat pembetulan,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, aspek pematuhan syarak dalam penyediaan dan perniagaan makanan penting bagi menjamin keberkatan rezeki serta menjaga kemaslahatan masyarakat pengguna, khususnya pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.