APMM tahan bot nelayan tempatan

Iklan
Maritim tahan bot nelayan tempatan pada jarak 0.5 batu nautika dari Sungai Chandong, Pulau Indah pada Isnin lalu.

KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan sebuah bot nelayan tempatan yang menggunakan pukat tunda pada jarak 0.5 batu nautika dari Sungai Chandong, Pulau Indah pada Isnin lalu.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, bot jenis Kelas B itu dikendalikan oleh seorang tekong dan dua lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 30 hingga 52 tahun.

Iklan
Iklan

"Mereka mengambil kesempatan dan jalan mudah mencari keuntungan kerana menganggap ramai anggota maritim tidak keluar sepanjang fasa Perintah Kawalan Pergerakan ini,” katanya melalui kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mohammad Rosli berkata, bot dan kesemua lelaki yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut.

Iklan
Iklan

"Kes disiasat di mengikut Akta Perikanan 1985 kerana didapati melanggar syarat sah lesen yang telah ditetapkan apabila membuat penangkapan ikan pada jarak kurang dari 8.0 batu nautika,” katanya.