Malaysia perlu henti aktiviti dagangan dengan Myanmar

Iklan
Tangkap layar catata terbaharu Dr Mahathir di blog rasminya, Chedet.cc hari ini.

SHAH ALAM – Malaysia perlu menghentikan aktiviti dagangan dengan Myanmar serta mengecam negara itu dan pemimpinnya, Aung San Suu Kyi ekoran kezaliman mereka terhadap etnik Rohingya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan terbabit yang sepatutnya diambil dan bukannya membenci orang Rohingya yang menjadi mangsa kezaliman.

Iklan
Iklan

"Saya sedar kenapa orang Melayu sekarang begitu benci kepada orang Rohingya. Dahulu mereka benci kepada pelarian dari Vietnam. Pada mulanya orang Melayu bersimpati dengan orang Rohingya dan orang Rohingya pun pilih untuk datang ke Malaysia kerana simpati dari kita.

"Tetapi apabila jumlah (mereka) menjadi begitu ramai dan ada perbuatan pelarian ini yang menyentuh perasaan orang Melayu, maka simpati bertukar jadi benci,” katanya menerusi catatan terbaharu di blog rasminya, Chedet.cc hari ini.

Iklan

Menurutnya, sehingga kini negara telah memberi terlalu banyak suaka kepada pelarian serta sepatutnya pelarian itu turut pergi ke negara lain dan negara lain juga perlu membuka pintu mereka kepada pelarian berkenaan.

"Tetapi menghalau bot berisi 400 pelarian sehingga mereka berada di laut sampai dua bulan adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

[ARTIKEL BERKAITAN] - ATM pintas bot bawa PATI Rohingya

Iklan

"Apa yang patut dilakukan ialah membekal mereka dengan makanan dan minyak supaya mereka dapat pergi ke negara lain atau balik ke Myanmar,” katanya.

Berikutan itu, Dr Mahathir berkata, negara juga perlu meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan terhadap Myanmar selain perlu mendedahkan kezaliman negara berkenaan kepada dunia.

Katanya, negara Islam dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga perlu bertindak untuk menghentikan kezaliman yang dilakukan Myanmar.

Media sebelum ini melaporkan, pihak berkuasa Malaysia menghalang kemasukan kapal yang membawa pelarian Rohingya ke negara ini berikutan kebimbangan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

[ARTIKEL BERKAITAN] - Malaysia berhak utamakan keselamatan