Masjidil Haram, Masjid Nabawi akan dibuka tidak lama lagi

Iklan
Dua masjid suci umat Islam, Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah akan dibuka tidak lama lagi selepas krisis koronavirus (Covid-19) ditangani.

RIYADH - Dua masjid suci umat Islam, Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah akan dibuka tidak lama lagi selepas krisis koronavirus (Covid-19) ditangani.

Perkara itu diumumkan Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais melalui Twitter Haramain.info hari ini.

Iklan
Iklan

"Saya bawa khabar gembira kepada umat Islam bahawa keadaan akan kembali normal di dua masjid suci tidak lama lagi.

"Dua masjid suci akan dibuka untuk Tawaf dan solat serta ziarah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Atas dasar ini, kita tidak akan tergesa-gesa membuka dua masjid suci kerana semua langkah diambil adalah untuk kebaikan kita,” katanya.

Iklan

Imam Besar Masjidil Haram itu turut meminta umat Islam mendoakan agar situasi pandemik ini cepat berakhir.

"Sekali lagi, kami menyeru umat Islam berdoa agar pandemik ini selesai, berdoa kepada kebaikan pemimpin (penjaga dua masjid suci) dan menerima apa dilakukan ini adalah yang terbaik. Semoga ALLAH melindungi mereka,” katanya.

Iklan

Arab Saudi sebelum ini menggantung sementara solat Tarawih di dua masjid suci di Makkah dan Madinah serta ibadah umrah bagi mengekang penularan Covid-19.

Sehingga hari ini, Arab Saudi mencatat sebanyak 20,077 kes jangkitan Covid-19.