KKM pertimbang usul buka semula taska

Iklan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempertimbangkan pembukaan semula taska dan pusat jagaan kanak-kanak berikutan sektor ekonomi telah mula beroperasi. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan usul pembukaan semula taska dan pusat jagaan kanak-kanak berikutan sektor ekonomi telah mula beroperasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, usul tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) pagi esok.

Iklan
Iklan

"Ada keperluan untuk membuka semula taska dan perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat esok," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di KKM di sini hari ini.

Menurutnya, garis panduan telah disediakan oleh KKM dan perlu dipatuhi oleh semua pihak.

Iklan

"Taska, restoran mahupun institusi perlu patuhi garis panduan.

"Kalau boleh patuhi, tiada masalah. Itu yang kita kena pastikan terlebih dahulu," katanya.

Iklan

Sebelum ini, taska antara yang turut diarahkan tutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sejak 18 Mac lalu.