KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah belum membuat keputusan untuk membenarkan pergerakan dua orang dalam satu kenderaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan Persekutuan hari ini.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, keputusan yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan itu perlu diperinci dan dibincangkan terlebih dahulu dalam Pusat Arahan Covid-19 Sabah sebelum ia dilaksana di peringkat negeri ini.