Ada hikmah istimewa di sebalik Ramadan musim PKP

Iklan
Ramadan kali ini cukup berbeza kerana kita berpuasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Foto 123RF

PEJAM celik pejam celik, hari ini genap seminggu kita berpuasa. Sudah tentu, puasa kali ini cukup berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Mana tidaknya, angkara ancaman Covid-19, kali ini kita berpuasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – satu detik yang tidak pernah kita jangka selama ini.

Iklan
Iklan

Memang benar apa yang sering diungkapkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kita harus sesuaikan keadaan dengan normal atau kebiasaan baharu (new normal) selepas ini.

Sama seperti seluruh rakyat Malaysia yang lain, Merak Jalanan sendiri cuba untuk membiasakan diri dengan new normal ini.

Iklan

Suka atau tidak, kita harus berdisiplin membiasakan diri dengan situasi sebegini.

Seperti hari-hari sebelum Ramadan dalam tempoh PKP, kita diminta untuk berada di rumah biarpun ada sedikit kelonggaran dalam tempoh PKP fasa empat.

Iklan

Bila saja Ramadan tiba dalam tempoh PKP tahun ini, dua perkara ini pastinya akan dikenang dan menjadi ingatan kita semua – tiada solat tarawih secara berjemaah di masjid atau surau dan tiada juga bazar Ramadan. Malah, tiada lagi tradisi pulang ke kampung menyambut Ramadan.

Dari satu sudut positif, Merak Jalanan melihat situasi yang tidak pernah berlaku ini membolehkan kita menjalani ibadah puasa dan tradisi Ramadan dengan penuh keinsafan.

Bagi si bapa atau golongan suami, ada yang sudah bersedia dan berani tampil ke depan menjadi imam solat tarawih di rumah. Bagi Merak Jalanan, ini antara hikmah besar di sebalik penangan Covid-19.

Jadi apa lagi nikmat yang kita dustakan, berhentilah mengeluh, apalagi mementingkan diri sendiri. Covid-19 sepatutnya benar-benar mengajar kita erti perjuangan tanpa perlu mengangkat senjata di medan perang!