KENINGAU - Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Mohamaddin Ketapi berkata kerajaan sentiasa mencari jalan terbaik untuk meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat termasuk memperkasa pembangunan pelancongan yang dapat memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat setempat.
Katanya usaha terbabit dilaksanakan menerusi kerjasama kerajaan pusat dan negeri bagi memastikan rakyat menikmati kehidupan selesa, harmoni dan masa depan yang terjamin.
Antara contoh terbaik usaha sama ini ialah penganjuran Festival Banjaran Crocker ini yang mengetengahkan keunikan setempat, katanya pada perasmian festival itu, di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Pelancongan Malaysia Datuk Ahmad Shah Hussien Tambakau.
Katanya penganjuran festival itu menjadi landasan terbaik untuk daerah Keningau mempromosikan produk pelancongan bercirikan keunikan budaya dan kepelbagaian etnik di kawasan pedalaman Sabah.
Menurutnya penganjuran festival yang dicetuskan oleh belia Keningau juga membuktikan golongan muda mampu menyumbang secara produktif dalam apa juga bidang yang diceburi mereka.
"Sebab itu saya meminta supaya sokongan penuh diberikan kepada pembangunan belia agar hala tuju mereka lebih jelas selaras dengan hasrat melahirkan pemimpin pelapis berwibawa pada masa depan,” katanya.
Festival empat hari bermula Khamis lalu itu menarik kehadiran puluhan ribu pengunjung domestik dan luar negara.- Bernama