Pasar raya wajib kekalkan SOP

Iklan
Gambar hiasan - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan akan memastikan semua pasar raya terus mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan walaupun berlaku peningkatan pelanggan susulan keputusan membenarkan dua individu di dalam satu kenderaan bermula semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengurusan pasar raya perlu menetapkan penjarakan sosial dan mengehadkan jumlah pelanggan.

Iklan
Iklan

Beliau juga percaya SOP berkenaan dikekalkan tetapi barisan mungkin bertambah.

"Kita akan memastikan mereka mengekalkan SOP. Saya harap kalau yang hantar isteri berbelanja, suami boleh tunggu dalam kereta.

Iklan

"Jika tidak, barisan akan panjang dan waktu menunggu akan lebih lama," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Kerajaan benarkan dua individu dalam satu kenderaan: Ismail Sabri

Jelas beliau, keputusan kerajaan memberi kelonggaran selepas mempertimbangkan isu-isu berbangkit bagi memudahkan masyarakat dan mengambil kira trend kes positif Covid-19 yang dilihat menurun dan melandai.

Iklan

"Kita tetapkan satu orang satu kenderaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini kerana kes positif masih tinggi.

"Banyak aduan yang diterima apabila pemandu terpaksa bersendiri. Di Kuala Lumpur terdapat masalah parkir.

"Ada juga yang isteri bekerja tetapi tidak boleh memandu jadi suami terpaksa hantar ke tempat kerja dan sebagainya," katanya.