PUTRAJAYA - Badan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang mahu menyalurkan bantuan makanan dan keperluan asas kepada penduduk di kawasan Perintah kawalan Pergerakan Diperketatakan (PKPD) disarankan menghantarnya ke pusat operasi di lokasi tersebut.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia memudahkan bantuan tersebut diselaraskan sebelum diagihkan selain mengelakkan keciciran penerima.