Wak Doyok dipanggil beri keterangan

Iklan
Wak Doyok memuat naik gambar sebentuk cincin mempunyai lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Instragramnya dua hari lalu.

JOHOR BAHRU - Personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok dipanggil untuk beri keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini semalam berhubung penggunaan ukiran cincin mempunyai lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor, 41, hadir ke IPD Iskandar Puteri dari Klang kira-kira jam 11 pagi.

Iklan
Iklan

"Kes ini sebenarnya sudah lama, dia membeli cincin pada tahun 2012 melalui online (dalam talian) dari sebuah syarikat di Indonesia.

"Satu laporan polis sudah dibuat 28 April lalu oleh kerajaan Johor," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.

Iklan
Ayob Khan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Selasa lalu, Wak Doyok memuat naik gambar di laman Instagramnya menunjukkan sebentuk cincin mempunyai ukiran lambang peribadi Sultan Johor.

Susulan itu, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim menuntut Wak Doyok memberi penjelasan berhubung penggunaan lambang berkenaan.

Iklan

Wak Doyok kemudiannya membuat kenyataan permohonan maaf kepada kerabat Diraja Johor atas kecuaian dan kesilapannya menyalahgunakan lambang peribadi institusi diraja itu kelmarin.

Wak Doyok