PUTRAJAYA- Gegaran dirasai di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur, sebahagian Selangor, Pulau Pinang dan sebahagian Perak pada sebelah petang ini susulan gempa bumi sederhana di utara Sumatera, Indonesia.
Menurut hantaran Jabatan Meteorologi Malaysia di laman rasmi Facebook jabatan itu, kejadian gempa bumi itu yang berukuran 5.2 skala Ritcher itu berlaku pada jam 4.20 petang di kedudukan 27km Tenggara dari Padang Sidempuan, Indonesia pada kedalaman 10km.