DAWLISH - Seorang jurutera membina landasan kereta api sepanjang 15 meter bagi menggantikan tangga untuk naik ke rumahnya yang terletak di lereng bukit di Dawlish, Devon England.
Menerusi laporan The Sun, Allan Pyne, 55, berkata, atas faktor usia dia dan isterinya, Rachel, 50, tidak mampu lagi mendaki tangga untuk ke rumahnya lalu dia memperuntukkan sebanyak AS$18,696 (RM80,000) bagi membina landasan tersebut.
"Sebuah gerabak kecil juga dibina untuk membawa saya dan isteri naik dari jalan menuju ke banglo pada ketinggian paras tiga tingkat bangunan.
"Perjalanan mengambil masa tujuh minit." katanya.
Bapa kepada dua anak ini berkata, pembinaan landasan itu adalah daripada hasil usahanya sendiri.
"Saya berpuas hati dengan hasil kerja tangan ini dan 95 peratus saya lakukan sendiri. Ia bagaikan tangga ke syurga." kata Pyne
Menurutnya, idea untuk membina landasan berkenaan muncul selepas melihat kesukaran isterinya mengangkut barang keperluan harian ketika menggunakan tangga.